Wednesday 7 January 2015

GAMBAR-GAMBAR SEMPENA PROGRAM KM1M


1. Taklimat program disampaikan oleh Pn. Noraishah binti Musa,
    di tapak perhimpunan.


2. Ucapan Tn. Hj. Abdullah bin Mohd Ali,
    Pengetua SMK Seri Badong.



3. Pertandingan Lancar Membaca Bahasa Inggeris dikendalikan 
oleh Pn. Zurina binti Ahmad Jafri di pusat sumber. Seramai 18 orang murid 
telah menyertai pertandingan ini.




4. Pertandingan Membaca Berita pula telah diadili oleh 
Pn. Hjh. Roheda binti Kamarudin dan Pn. Mariyah binti Mohd Rejab.



5. Majlis penyampaian hadiah penyampaian hadiah 
telah disempurnakan oleh En. Azman bin Abdullah, 
Penolong Kanan Pentadbiran di tapak perhimpunan.








KEM MEMBACA 1MALAYSIA

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)

Pada 2 hingga  6 November 2014 Pusat Sumber SMK Seri Badong telah menganjurkan Program Kem Membaca 1Malaysia. KM1M merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk menggalakkan pembacaan untuk mengisi waktu selepas peperiksaan hujung tahun dan seterusnya mengekalkan momentum pembelajaran murid.

Walaupun KM1M ini disarankan agar diadakan selama 3 hari iaitu pada 4, 5 dan 6 November 2014,namun, Pusat Sumber sekolah ini menganjurkan lebih awal bagi memberi peluang lebih ramai murid menyertai program ini dan memberi masa kepada mereka bagi melibatkan diri dalam banyak akiviti dan pertandingan.

Program yang bertemakan 'Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia' ini mensasarkan penglibatan murid dari Tingkatan 1 hingga 4 dan kebanyakan aktivitinya dijalankan di dalam kelas dan di pusat sumber sekolah.

Antara aktiviti dan pertandingan yang dijalankan ialah:

1. Pertandingan Mereka Teka Silang Kata
2. Pertandingan Membaca Berita (Bahasa Melayu)
3. Pertandingan Lancar Membaca (Bahasa Inggeris)
4. Pertandingan Mereka Bahan Kreatif Berasaskan Bahan Terbuang (Kitar Semula)
5. Pertandingan Melukis Poster 'Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia'
6. Pertandingan Mereka Penanda Buku
7. Pertandingan Ilustrasi Kulit Buku
8. Program 'Morning Glory'

Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan telah dijalankan pada 16 November di tapak perhimpunan.