AKTIVITI PUSAT SUMBER


PAMERAN DAN JUALAN BUKU

Program pameran dan jualan buku telah dijalankan pada 15 Mei 2014
dengan kerjasama Syarikat Alim Harmony bertempat di Dewan Al-Biruni,
SMK Seri Badong. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada murid-murid dan guru-guru. Semua murid di setiap kelas diberi
peluang mengunjungi pameran ini mengikut giliran.








PROGRAM KITAR SEMULA

Program Kitar Semula dijalankan dengan kerjasama Persatuan Geografi dan Alam Sekitar. 
Bahan-bahan yang boleh dikitar semula terutamanya kertas dikumpulkan 
di Sudut Kitar Semula di pusat sumber. Kemudian, ahli-ahli persatuan akan membawa
 bahan-bahan tersebut di Bank Kitar Semula yang terletak berdekatan tangga di Blok A. 
Guru Penasihat Persatuan Geografi dan Alam Sekitar akan menghubungi 
pihak Enviroment Idaman dan menjual bahan-bahan tersebut kepada syarikat terbabit.




BENGKEL PROSES TEKNIK BUKU

Bengkel ini melibatkan pengawas-pengawas pusat sumber yang baru dilantik. 

Pengawas yang mahir dalam proses teknik buku akan
memberi tunjuk ajar kepada pengawas yang baru dilantik.






LAWATAN BERINFORMASI KE KUALA LUMPUR

Pada 24 hingga 26 April 2014, Pusat Sumber SMK Seri Badong dengan kerjasama
 Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Lawatan Berinformasi 
ke Kuala Lumpur. Lawatan ini telah disertai oleh Pengawas Pusat Sumber, 
murid-murid dan guru-guru sekolah ini. Antara tempat yang dilawati termasuklah 
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Utusan Melayu Berhad, dan Kilang Coklet Beryl's.









PERTANDINGAN MAHIR KAMUS (SEMPENA BULAN AKADEMIK)